Sunday, January 6, 2013

Happy New Year 2013

Assalamualaikum..

Hai..apa khabar semua..rasanya dah lama tak bukak blog nie..dah bersarang dah..dari tahun 2012, tahun 2013 baru bukak balik..agak lama kan..tapi kalo tgk hari takde lalama mana..hanya 2 minggu je..hehe

Apa2 pun sebelum 2 saya nak ucapkan selamat tahun baru 2013 kepada semua..tahun 2012 kita tinggalkan dengan pelbagai kenangan..ada yang gembira, sedih, macam2 la..apa2 pun adakah azam tahun lepas dah tertunai..harap2 dah la ek..kalau tak teruskan dengan azam tersebut dan pastikan tahun baru nie mampu menjadikanya satu realiti..

Sama la dengan saya..azam yang lama masih belum tercapai lagi..dari berfikir akan azam yang baru baik teruskan dengan yang lama..pastikan yang lama tercapai barulah boleh teruskan dengan azam yang baru..mesti korang terfikir kan apa la azam saya sampai tak tercapai lagi 2..hehe,..azam 2 xde la besar setinggi langit..cuma saya nak pastikan saya dapat mengengam segulung ijazah dan sambung kepada peringkat yang lebih tinggi..insyaAllah tahun 2013 kalau ada rezeki saya akan melanjutkan ke peringkat master lak..

ok la..rasanya dah panjang lebar bercerita..kita bersua di lain hari..peace yooo...  

Thursday, December 20, 2012

Life as a student at UUM will be end

Assalamualaikum

Sedar tak sedar akhirnya hidupku sebagai student degree dah nak abiz..bakal berakhir tak lama je lagi..terasa masih baru lagi aku bergelar pelajar kt UUM nie..namun apakah daya..setiap yang bermula pasti akan berakhir..pengakhiran ini InsyaAllah akan membawa aku kepada satu kehidupan yang baru..kehidupan di alam pekerjaan..

Terasa rindu plak nak masuk kelas..masa ada kelas tak nak masuk plak..dah xde kelas baru mula terhegeh2 nak masuk..minggu depan aku akan balik kampung dh..suasana di UUM terutamanya di Kolej Penginapan Pelajar Yayasan Al- Bukhary UUM (DPP YAB) pastinya akan dirindui..di sini aku mengenal susah payah sebagai seorang pelajar..bertapa susahnya untuk menimba ilmu, untuk mengubah kehidupan pada masa depan..namun inilah pengorbanan yang telah aku lakukan..bukan senang untuk menjadi senang, bukan susah untuk menjadi susah..

Walaupun masuk sekali tapi tidak habis dan bergraduasi sekali dengan kawan2 yang dah grad, namun aku tetap bangga..kerana akhirnya aku berjaya juga menamatkan pengajian selama tiga tahun..susahnya untuk mendapatkan segulung ijazah amat ku rasai..benarlah, bukan mudah untuk mendapatkan ilmu..bila sudah mendapatnya maka gunalah ke arah kebaikan..kalau disalahgunakan maka hancurlah diri, musnahlah kehidupan..

Apa2 pun kepada adik2 yang masih berada di UUM tahun depan, usaha lah untuk mendapatkan ilmu, kerana hanya ilmu yang boleh membantu kita pada masa depan..dunia dan akhirat..tanpa ilmu maka sesatlah kita, namun ilmu tanpa amal juga tidak berguna..

ok la..sehingga berjumpa lagi..tak habis lagi nak cerita..kita sambung pada episod yang akan datang..tata.. :)