Thursday, December 20, 2012

Life as a student at UUM will be end

Assalamualaikum

Sedar tak sedar akhirnya hidupku sebagai student degree dah nak abiz..bakal berakhir tak lama je lagi..terasa masih baru lagi aku bergelar pelajar kt UUM nie..namun apakah daya..setiap yang bermula pasti akan berakhir..pengakhiran ini InsyaAllah akan membawa aku kepada satu kehidupan yang baru..kehidupan di alam pekerjaan..

Terasa rindu plak nak masuk kelas..masa ada kelas tak nak masuk plak..dah xde kelas baru mula terhegeh2 nak masuk..minggu depan aku akan balik kampung dh..suasana di UUM terutamanya di Kolej Penginapan Pelajar Yayasan Al- Bukhary UUM (DPP YAB) pastinya akan dirindui..di sini aku mengenal susah payah sebagai seorang pelajar..bertapa susahnya untuk menimba ilmu, untuk mengubah kehidupan pada masa depan..namun inilah pengorbanan yang telah aku lakukan..bukan senang untuk menjadi senang, bukan susah untuk menjadi susah..

Walaupun masuk sekali tapi tidak habis dan bergraduasi sekali dengan kawan2 yang dah grad, namun aku tetap bangga..kerana akhirnya aku berjaya juga menamatkan pengajian selama tiga tahun..susahnya untuk mendapatkan segulung ijazah amat ku rasai..benarlah, bukan mudah untuk mendapatkan ilmu..bila sudah mendapatnya maka gunalah ke arah kebaikan..kalau disalahgunakan maka hancurlah diri, musnahlah kehidupan..

Apa2 pun kepada adik2 yang masih berada di UUM tahun depan, usaha lah untuk mendapatkan ilmu, kerana hanya ilmu yang boleh membantu kita pada masa depan..dunia dan akhirat..tanpa ilmu maka sesatlah kita, namun ilmu tanpa amal juga tidak berguna..

ok la..sehingga berjumpa lagi..tak habis lagi nak cerita..kita sambung pada episod yang akan datang..tata.. :)

Saturday, December 15, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Dah banyak hari rasanya tak menjenguk blog..bz cikit ciapkan thesis..so thesis pun dah jilid, xde pe dh nak di bzkan..hari nie 16/12/12 merupakan bermulanya melepaskan semua tekanan yang ada selama ini..sebabnya???????dh x perlu nk pening2 pk pasal thesis ag dh..tggal nak submit je lagi..

Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan selama nie bagi saya menyiapkan thesis nie..terutamanya kepada Puan Faizah selaku Penyelia Thesis, yana rakan thesis, dan juga semua yang banyak memberikan sokongan selama nie..tanpa sedar dalam membuat thesis nie banyak benda yang saya belajar..banyak benda baru yang saya belajar..

Satu yang saya belajar dari thesis..jangan cepat putus asa..dengan kecekalan dan ketabahan hati, percaya pada diri, percaya pada kawan2 maka kamu akan beroleh kejayaan dengan izin Allah s.w.t..banyakkan berdoa, usaha, tawakal..InsyaAllah..walau gagal sekalipun kita tidak akan kecewa dan merungut kerana kita sudah buat yang terbaik.. 

Setiap kejayaan bermula dari langkah pertama..tanpa langkah pertama tidak akan ada kejayaan..kerana dari langkah pertama kita akan merasa jatuh ,bangun, kecewa, kegembiraan, suka, duka dalam setiap yang dilakukan..jangan takut untuk mengambil risiko..orang yang berani mengambil risiko akan mendapat kejayaan, dan orang yang tidak berani mengambil risiko tidak akan ke mana..

Bersama2 la kita memajukan diri dan masyarakat..jangan bila kita berada di puncak kejayaan, berada di tempat yang tinggi, maka kita lupakan orang yang di bawah yang selama ini membantu dan menyokong kita dalam setiap yang kita lakukan sehingga mencapai kejayaan..Apabila mencapai kejayaan maka kembali la kepada masyarakat..bantu la masyarakat untuk menjadi satu masyarakat yang bertamadun tinggi..

k la..nt jumpa lagi..selamat maju jaya semua..

Monday, December 10, 2012

E.R.T.I.B.A.H.A.G.I.A

Assalamualaikum....

Apa erti bahagia? Adakah bahagia itu bila kita kerja besar. gaji tinggi? atau adakah bahagia itu bila kita mempunyai banyak harta? Apakah erti bahagia yang sebenarnya?

Ramai yang menganggap bahagia itu bila kita datang bila kita memcapai kejayaan dalam hidup? contohnya berjawatan tinggi. Yang sebenarnya bahagia datang bila kita merasa syukur dengan apa yang kita miliki,. Apa yang kita ada adalah mencukupi untuk diri dan orang sekeliling. bila kita syukur maka biarlah tidak kaya, tidak berjawatan tinggi, tidak mempunyai harta.Syukur itu yang mencukupkan diri dan memberi satu kepuasan yang amat.

Ramai orang menyalah tafsir erti sebenar bahagia. kerana apa? mungkin bagi mereka bila seseorang berada pada satu tahap yang tinggi, itulah kebahagiaan. namun perspektif itulah yang menyebabkan masyarakat pada masa kini hanya mengejar duniawi semata sehingga meninggalkan akhirat. namun sekiranya mereka tahu bersyukur maka mereka dapat akhirat dan juga mendapat duniawi.

harta, pangkat, kedudukan, kejayaan bukanlah penentu dalam kebahagiaan hidup. itu hanyalah syarat semata.namun kalau syarat itu digunakan dengan betul dan sebaiknya, maka hidup pastinya manis. wallahualam...hanya sekadar pandangan..

Sunday, December 9, 2012

Aku dan Thesis..Finally

Akhirnya....

Akhirnya aku berjaya siapkan juga thesis setelah memakan masa selama 9 bulan. Hadirnya satu perasaan yang tidak dapat digambarkan. pelbagai yang ku rasa..ada sedih, gembira, tak percaya,  nak menangis..macam2 la..

Bukan sekejap..satu tempoh yang agak lama untuk menyiapkan thesis yang hanya sebanyak 55 page..tengak kepada bilangan page nmapak sikit..namun untuk buat satu page rasa macam nak menanis..pelbagai yang telah dipelajari sepanjang membuat thesis nie..salah satunya kita jangan hanya belajar untuk exam, tapi belajar la untuk ilmu..bak kata Puan Faizah, kebanyakan student hanya belajar hanya untuk lulus exam..bukan belajar untuk mendapatkan ilmu..

Thesis telah mengajar susahnya untuk kita mendapatkan kejayaan..namun kesusahan itulah yang mengajar erti sebenar pentingnya ilmu dalam hidup..kalau tidak pada hari ini, ianya mungkin berguna pada masa akan datang..siapa tahu apa yang akan berlaku kn..

BTW, aku sangat gembira semuanya telah selesai..tiba masa utnuk jilid..hari yang paling di tunggu2 bagi siapa2 yang pernah buat thesis..ayat yang pertama ingin didengar ialah "awak dah boleh jilid"..bila dengar je ayat 2 dari pnyelia thesis memang sau kegembiraan yang teramat..

Terima kasih to Puan Faizah Halim kerana banyak mengajar saya erti sebenar ilmu..n to yana..tq cos banyak support aku untuk menyiapkan thesis..apa2 pun..congrate for both of us..finally we reached our goal..Thanz Allah for everything...Alhamdulillah..

Wednesday, December 5, 2012

From Sarawak...

dari kiri ; nor, iman, ayah angkt mereka, wawa, tehah

Assalamualaikum w.b.t......

Berjumpa lagi kita di ruang maya nie..mcam mana semua????sihat??happy??kalau sihat, happy bagus la... :)
kali nie sy nk cerita pasal kwn2 saya dari negeri seberang..Negeri Sarawak..siapa yang pernah sampai kat Sarawak??cantik tak?

Well, saya pown ntah bila la nak sampai kat sana..hehe..jom kita cakap pasal kawan2 saya kat sana lak..kalau nak tahu saya ada 3 orang kawan2 dari Sarawak nie..nama dye Siti Najwa @ wawa..Norlida Daud @ nornor n Iman..ha...mereka nie la antara kawan2 baik saya sepanjang saya belajar kt UUM..

First kita cakap pasal wawa..wawa nie orang kuching kalau tak silap..kan wa kn..dye nie orang yang agak hepi n cepat terasa..orangnya kecik je..xde la besar mana..standart orang perempuan sekarang la...dengar cerita dye sekarang dah jadi pendidik..mengajar dekat tadika..macam mana la boleh jauh melencong nie..belajae ekonomi kerja cikgu tadika..jawab wa...hehe..apa2 pun semoga ko berjaya dalam apa jua yang ko lakukan..

Second Nor..nor nie dah banyak kali kot saya ckp..dye pun orang sarawak gak..orang spauh...nor nie kalau nak tahu orang yang paling rapat dengan saya sepanjang kami belajar kt Kedah...nor pun kecik gak..lebh kurang wawa jugak la..saiz diorang sama je..tak besar2..hehehe..jangan marah ae...nor sekarang kerja kt kedai kek lapis..akhirnya pandai juga dye wat kek lapis.

Iman..apa nak cakap pasal iman ek..iman? ce ko jawab pe aku nak cakap pasal ko..hehe..iman nie paling besar n paling tinggi antara mereka bertiga..iman dulu first kenal masa sem 4..masa 2 dye baru memeluk agama islam..alhamdulillah..sekarang iman kerja sekali dengan wawa kot..tol x wa...kalau salah ko betulkan ek..hehehe...

Ok la..sampai sini dulu kita bertemu..lain kali ada masa dan ruang kita berjumpa lagi..n kepada kwn2 yang kt Sarawak 2..take care urself..ada masa korang datang la lagi semenanjung nie..nak aku pergi Sarawak xtaw la bila kn..kalau korang nak sponsor aku  xde masalah...hehehe...sorry gmbr nie je aku ada ynag korang sekali...miss u all..

Monday, December 3, 2012

Pegawai Bank ker??

suatu hari 2 orang sahabat pergi ke jabatan veterinar untuk membuat kajian. lalu terjadilah perbualan dengan staff di sana

Aku : Assalamualaikum
Staff : waalaikumusalam
Aku : Kami nak jumpa puan Milah ada tak?
Staff : Dye dalam bilik rawatan haiwan.sila la duduk dulu

2 sahabat itu duduk

Kawan : nati ko tanya la apa2 yang patut joe..
Aku : ye la..nanti aku mintak semua data yang kita nak tu..

Tiba2 staff tadi tanya

Staff : kamu dari bank ke? pegawai bank ke?
Aku : ??????????
Kawan : tak la..kami stdent UUM..kami tgah buat kajian pasal lembu dan burung walit..kami nak dapatkan maklumat dari veterinar..

aku dalam hati dah tergelak dah..ada gaya pegawai bank rupanya aku nie ek..

Norzaini Isma Binti Ismail

Norzaini @ eni..itulah nama kawan perempuan yg aku mula2 jumnpa bila memasuki UUM..orangnya berasal dari Kemaman Terengganu..sama negeri denganku, cuma berlainan daerah..aku di sebelah utara negeri Terengganu, manakala eni pula sebelah selatan negeri Terengganu..

Pada awal perkenalan aku dengan cik eni nie..dye seorang yg hepi..suka kenakan orang lain..susah orang lain nk kenakan balik dye bila dye kenakan orang 2..sama la dengan aku..selalu dikenakan oleh eni..tapi mungkin sebab 2la aku boleh rapat dengan dye..selesa bila berbual dengannya..

Orangnya cantik taw ..lawa lak 2...susah nk cari orang cm eni nie..hehe...kn eni kn...n kalu nak tahu eni nie suka cari pasal dengan aku..ada je yang nak digaduhkan...tapi aku x kisah pun..eni punya pasal..

Dan tujuan entry nie ditulis pun sebab permintaan cik eni kita nie..demamd sgt..hehehe..jangan marah eni ae...

Apa2 pun eni nie la kawan baik aku selama aku belajar 3 tahun kt UUM..dye antara yang sentiasa ada bila aku mengalami masalah dan memerlukan kawan..ada jodoh kita jumpa lagi la...

TQ eni... :)