Saturday, December 15, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Dah banyak hari rasanya tak menjenguk blog..bz cikit ciapkan thesis..so thesis pun dah jilid, xde pe dh nak di bzkan..hari nie 16/12/12 merupakan bermulanya melepaskan semua tekanan yang ada selama ini..sebabnya???????dh x perlu nk pening2 pk pasal thesis ag dh..tggal nak submit je lagi..

Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan selama nie bagi saya menyiapkan thesis nie..terutamanya kepada Puan Faizah selaku Penyelia Thesis, yana rakan thesis, dan juga semua yang banyak memberikan sokongan selama nie..tanpa sedar dalam membuat thesis nie banyak benda yang saya belajar..banyak benda baru yang saya belajar..

Satu yang saya belajar dari thesis..jangan cepat putus asa..dengan kecekalan dan ketabahan hati, percaya pada diri, percaya pada kawan2 maka kamu akan beroleh kejayaan dengan izin Allah s.w.t..banyakkan berdoa, usaha, tawakal..InsyaAllah..walau gagal sekalipun kita tidak akan kecewa dan merungut kerana kita sudah buat yang terbaik.. 

Setiap kejayaan bermula dari langkah pertama..tanpa langkah pertama tidak akan ada kejayaan..kerana dari langkah pertama kita akan merasa jatuh ,bangun, kecewa, kegembiraan, suka, duka dalam setiap yang dilakukan..jangan takut untuk mengambil risiko..orang yang berani mengambil risiko akan mendapat kejayaan, dan orang yang tidak berani mengambil risiko tidak akan ke mana..

Bersama2 la kita memajukan diri dan masyarakat..jangan bila kita berada di puncak kejayaan, berada di tempat yang tinggi, maka kita lupakan orang yang di bawah yang selama ini membantu dan menyokong kita dalam setiap yang kita lakukan sehingga mencapai kejayaan..Apabila mencapai kejayaan maka kembali la kepada masyarakat..bantu la masyarakat untuk menjadi satu masyarakat yang bertamadun tinggi..

k la..nt jumpa lagi..selamat maju jaya semua..

No comments:

Post a Comment