Monday, December 10, 2012

E.R.T.I.B.A.H.A.G.I.A

Assalamualaikum....

Apa erti bahagia? Adakah bahagia itu bila kita kerja besar. gaji tinggi? atau adakah bahagia itu bila kita mempunyai banyak harta? Apakah erti bahagia yang sebenarnya?

Ramai yang menganggap bahagia itu bila kita datang bila kita memcapai kejayaan dalam hidup? contohnya berjawatan tinggi. Yang sebenarnya bahagia datang bila kita merasa syukur dengan apa yang kita miliki,. Apa yang kita ada adalah mencukupi untuk diri dan orang sekeliling. bila kita syukur maka biarlah tidak kaya, tidak berjawatan tinggi, tidak mempunyai harta.Syukur itu yang mencukupkan diri dan memberi satu kepuasan yang amat.

Ramai orang menyalah tafsir erti sebenar bahagia. kerana apa? mungkin bagi mereka bila seseorang berada pada satu tahap yang tinggi, itulah kebahagiaan. namun perspektif itulah yang menyebabkan masyarakat pada masa kini hanya mengejar duniawi semata sehingga meninggalkan akhirat. namun sekiranya mereka tahu bersyukur maka mereka dapat akhirat dan juga mendapat duniawi.

harta, pangkat, kedudukan, kejayaan bukanlah penentu dalam kebahagiaan hidup. itu hanyalah syarat semata.namun kalau syarat itu digunakan dengan betul dan sebaiknya, maka hidup pastinya manis. wallahualam...hanya sekadar pandangan..

2 comments:

  1. Erti bahagia berbeza bg setiap individu... bkn mudah untuk bahagia, tp lg susah untuk kekal bahagia.. tidak ramai yg mensyukuri nikmat tuhan, tp agak susah untuk mengekalkan perasaan syukur kpd tuhan..krna apa? kerana tuhan akan menguji hambanya setiap masa..makin kita dekat, makin kita diuji..dan mmg sedia maklum manusia mmg terkenal dgn sikap tamak dan tidak mudah puas hati..

    ReplyDelete