Thursday, December 20, 2012

Life as a student at UUM will be end

Assalamualaikum

Sedar tak sedar akhirnya hidupku sebagai student degree dah nak abiz..bakal berakhir tak lama je lagi..terasa masih baru lagi aku bergelar pelajar kt UUM nie..namun apakah daya..setiap yang bermula pasti akan berakhir..pengakhiran ini InsyaAllah akan membawa aku kepada satu kehidupan yang baru..kehidupan di alam pekerjaan..

Terasa rindu plak nak masuk kelas..masa ada kelas tak nak masuk plak..dah xde kelas baru mula terhegeh2 nak masuk..minggu depan aku akan balik kampung dh..suasana di UUM terutamanya di Kolej Penginapan Pelajar Yayasan Al- Bukhary UUM (DPP YAB) pastinya akan dirindui..di sini aku mengenal susah payah sebagai seorang pelajar..bertapa susahnya untuk menimba ilmu, untuk mengubah kehidupan pada masa depan..namun inilah pengorbanan yang telah aku lakukan..bukan senang untuk menjadi senang, bukan susah untuk menjadi susah..

Walaupun masuk sekali tapi tidak habis dan bergraduasi sekali dengan kawan2 yang dah grad, namun aku tetap bangga..kerana akhirnya aku berjaya juga menamatkan pengajian selama tiga tahun..susahnya untuk mendapatkan segulung ijazah amat ku rasai..benarlah, bukan mudah untuk mendapatkan ilmu..bila sudah mendapatnya maka gunalah ke arah kebaikan..kalau disalahgunakan maka hancurlah diri, musnahlah kehidupan..

Apa2 pun kepada adik2 yang masih berada di UUM tahun depan, usaha lah untuk mendapatkan ilmu, kerana hanya ilmu yang boleh membantu kita pada masa depan..dunia dan akhirat..tanpa ilmu maka sesatlah kita, namun ilmu tanpa amal juga tidak berguna..

ok la..sehingga berjumpa lagi..tak habis lagi nak cerita..kita sambung pada episod yang akan datang..tata.. :)

2 comments: